
Assalamualaikum dan selamat sejarahtera,
Sudah lama rasanya tidak kemas kini laman web saya. Saya jarang membuat ciapan di sini. Kerja di sekolah agak banyak yang perlu diselesaikan. Pada malam ini saya nak berkongsi kepada para pembaca, pengalaman saya menyertai pertandingan Inovasi dan Kajian Tindakan pada tahun lepas dan pada tahun ini.

TISF 2026
pada 16- 18 April 2026, Allah mengizinkan saya untuk mencuba pengalaman pertama saya untuk menyertai pertandingan Terengganu International Science Fair 2026. Pertandigan ini bawah anjuran Myso dan diadakan secara dalam talian dan fizikal. Saya masuk pertandingan ini secara dalam talian. Maksudnya kita perlu bentangkan kajian tindakan kita dalam bentuk video dan muat naik dalam yt masing- masing. Cikgu-cikgu boleh tengok dalam Yt saya sebagai rujukan. Alhamdulilah saya memenangi peringkat emas bagi pertandingan ini. Bagi makluman semua, ini ialah pertandingan kajian tindakan saya yang pertama yang saya masuk sejak 3 tahun bergelar guru di SMK Seri Bintang Selatan. Alhamdulilah, terima kasih kepada Kak Haiza selaku guru mentor saya yang banyak membimbing saya dan bantu saya untuk berjaya. Terima kasih kak Haiza!

Pertandingan Inovasi dan Kajian Tindakan MGCPP 2026



Seterusnya aku kolabrasi kajian tindakan dengan kak Haiza, kali ni aku hantar 2 pertandingan. Kajian Tindakan dan Inovasi. Aku dapat peringkat perak untuk kedua-duanya. Tak apa. bagi aku. aku nak pengalaman. Pengalaman yang mahal. Kalau tak menang tahun ni insya-Allah boleh cuba lagi.
Kesimpulannya, aku harap kita sebagai guru baharu boleh buat kajian tindakan sekurang-kurangnya 1 kerana melalui kajian sebenarnya laporan untuk kita mengadu tentang apa yang berlaku dalam kelas kita. Melalui Kajian Tindakan juga, pihak atasan boleh mengatasi masalah. Sebab pada akhir kajian sudah tentu kita akan menyatakan harapan dan hasrat.
Saya rasa itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Semoga memberikan manfaat kepada semua.

Leave a Reply