
VANDALISM. Istilah ini yang selalu kita gunakan untuk merujuk kepada perbuatan merosakkan atau mencacatkan harta benda secara sengaja. Namun begitu, tahukah anda! sebenarnya perkataan vandalisme mempunyai kaitan dengan sebuah masyarakat purba yang pernah memainkan peranan penting dalam sejarah Eropah? Masyarakat tersebut dikenali sebagai puak Vandal.
Siapakah Puak Vandal?
Secara ringkasnya, puak Vandal ini merupakan salah satu kumpulan masyarakat Jermanik yang dipercayai berasal dari kawasan Eropah Utara. Dahulu, mereka terlibat dalam pergerakan migrasi yang membawa mereka ke pelbagai wilayah di Eropah.
Nama puak Vandal mula dikaitkan dengan kemusnahan harta benda berikutan peristiwa penaklukan kota Rom oleh mereka pada tahun 455 Masihi. Kota Rom yang terkenal dengan seni bina, monumen dan warisan tamadunnya telah mengalami penjarahan ketika peristiwa tersebut. Peristiwa bersejarah ini kemudiannya mempengaruhi penggunaan perkataan vandal untuk menggambarkan individu yang merosakkan atau memusnahkan harta benda. Daripada perkataan tersebut, lahirlah istilah vandalisme yang digunakan secara meluas pada hari ini.
Walau bagaimanapun, penting untuk kita memahami bahawa gambaran puak Vandal sebagai masyarakat yang semata-mata tidak bertamadun merupakan pandangan yang terlalu umum. Sejarah mereka jauh lebih kompleks daripada gambaran tersebut.
Persoalannya, mengapakah perbuatan seperti ini masih berlaku, khususnya dalam kalangan remaja?
Berabad-abad berlalu isu Vandalism ini masih menjadi isu yang amat membimbangkan masyarakat. Kini kita dapat lihat sendiri masalah vandalism ini masih berlaku terutamanya dalam kalangan remaja. Tindakan seperti menconteng dinding tanpa kebenaran, memecahkan kemudahan awam dan merosakkan harta benda sekolah.

Kesimpulannya, Vandalism merupakan satu amalan yang memberikan impak yang negatif kepada individu, masyarakat dan negara. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang melafazkan ikrar rukun negara, kita mestilah menjadi seorang rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri cinta akan negara yang kuat dan bertanggungjawab untuk menjaga kemudahan awam bersama-sama!

Leave a Reply