


| TAHUN 2024 | TAHUN 2025 | TAHUN 2026 |
Gambar sempena hari guru
Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

HARI KEDUA DI SBS
Cikgu Luqman nak ucapkan tahniah yang berjaya mendapat penempatan di sekolah. Saya masih ingat ketika saya menjadi guru baharu 3 tahun lepas. Perasaan gembira dan sukar untuk dipercayai yang akhirnya kau menjadi pendidik kerajaan. Keluarga saya, hanya saya yang menjadi guru kerajaan. Adik beradik lain kerja sendiri dan swasta. Mungkin posting saya kali ini agak membosankan kerana saya ingin berkongsi pengalaman saya untuk guru-guru yang mungkin masuk ke sekolah saya atau berdekatan. Kalau jumpa saya di bengkel! tegur-tegur tau! Jom kita mulakan! sebelum itu gambar di atas ialah 9 orang guru baharu yang baru masuk SBS. Sebenarnya ada Alia! tapi waktu ini Alia minta izin nak masuk lambat sikit


PERHIMPUNAN PERTAMA 2/1/2024
Siapa ingat? Kalau kita baru masuk kerja kerajaankan kita kena angkat sumpah depan pengetua masa tu. Kami waktu ni ramai. Oleh itu, pengetua suruh kami angkat sumpah depan murid-murid. Pengalaman ni sangat mahal bagi aku!
Ok jom cerita!
🧜🏽♂️Pertama.
saya sangat terkejut apabila saya mengetahui SMKSBS ialah sekolah Kluster. Perkara ini paling saya tak nak ketika itu kerana sewaktu saya guru praktikal saya dimomok-momokkan yang kerja di sekolah kluster sangat penat. Rupa-rupanya tiada lagi kategori kluster. Bagi saya sekarang, penat juga tapi bukanlah penat sampai satu kerja pun tak boleh buat. Lepas rehat sehari dah ok dah.
🧜🏽♂️Kedua.
Sekolah saya mempunyai 8 bilik guru yang berasingan mengikut subjek!. Saya membayangkan SBS mempunyai bilik guru sama seperti sekolah lain, maksudnya satu bilik guru yang panjang ke belakang! rupanya saya silap! 8 Bilik guru tidak termasuk bilik-bilik khas seperti guru perpustakaan, UBK, guru disiplin dan guru BOP. Menakjubkan bukan? Satu yang saya pujinya di sini. Walaupun kami tidak berada dalam satu bilik guru, tetapi hubungan kami masih baik. Setiap kali ada majlis kecil bilik, kami akan dijemput! meriah!
🧜🏽♂️Ketiga,
Guru-guru di SBS sangat rajin!!! betul! guru-guru senior sangat hebat dan rajin masuk pertandingan. Menang pula tu. Saya yang guru baharu ini memang banyak belajar daripada akak-akak dan abang-abang senior macam mana nak jadi rajin macam mereka. Saya masih belajar juga bab ni.
🧜🏽♂️Keempat!
Kantin SBS kalau nak pergi, kena pergi awal-awal. Kalau tidak cepat habis dik. hehe sebenarnya kalau awak semua baca macam manis je semua. Ada je yang pahit tapi tak teruk pun. Kita sebagai guru baharu, kita pandai-pandai berdikari. Tak tahu tanya guru senior. Kalau ada yang pahit, pandai-pandailah okay? Tak nak cerita benda tak elok dalam ni. Bak kata orang sekarang YTJT.
Setakat ini, Itu sahaja pengalaman manis yang aku nak cerita di sekolah aku ini. Saya berharap sedikit sebanyak posting saya ini dapat memberikan inspirasi atau panduan kepada pembaca. Mohon LIKE, SHARE DAN KOMEN lah sikit.
SEKIAN TERIMA KASIH.

Leave a comment