

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Yup! itu akulah tu sedang menangis sebab Cikgu Chow nak bersara! Beliau ialah Mentor PPGB aku selama 3 tahun dari aku memula masuk ke sekolah itu lagi. Hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku semasa aku dipilih untuk menjadi AJK multimedia. Terima kasih KGS untuk peluang ini. Terima kasih juga kepada ahli jawatankuasa saya Farah, Kak Rina dan Syifaa’
SEBELUM MAJLIS:
Okay sebelum majlis aku macam buntu sekejap, video macam mana kita nak tunjukkan semasa majlis nanti? kita kena ambil kira juga orang tak nak tengok video yang syok sendiri. Orang cepat bosan. Bagi aku video aku mesti kena ada hook yang power! ini pendapat akulah sebab aku masih lagi belajar dan ini pertama kali aku menjadi ajk multimedia.
Apa yang aku buat?
Susunan perancangan video aku macam ni :
👉🏻 Hook
👉🏻 Montaj TVPSS
👉🏻 Intro Majlis
👉🏻 Kandungan video
👉🏻 Live Performance
👉🏻 Ucapan guru-guru
👉🏻 End
Aplikasi yang aku gunakan:
👉🏻 CAPCUT PRO
👉🏻 GEMINI PRO
👉🏻 FLOW
.
Langkah 1 : Hook aku tu aku buat macam? Aku dan team pergi cari guru secara rawak dan tanya mereka satu perkataan yang boleh menerangkan PKP aku dan KP Bm aku. Korang agak2lah dalam beberapa minit je. Jangan ambil satu sekolah nanti hook panjang sangat!
Langkah 2: Aku gunakan AI. Ai ini untuk awal tu je. Credit to : Cikgu Aiman dekat tt yang bagi saya prompt ini. saya kongsikan prompt yang saya guna:
A cinematic side-angle night portrait, captured from the edge profile, showing only part of the subject’s face. 16:9 aspect ratio. The jawline, cheek, and one eye are subtly revealed, while the rest fades into deep shadow. Soft starlight from the night sky gently illuminates the side of the face, creating delicate highlights and natural light gradients on the skin. Dark, expansive midnight background filled with distant stars, enhancing the sense of solitude and depth. High contrast lighting, low-key exposure, shallow depth of field, moody atmosphere, cool blue and silver color grading. Film grain texture, anamorphic lens feel, realistic skin details, hyperrealistic, cinematic, 8K quality.
MASALAH:
1. Gemini tak boleh nak generate video banyak dalam satu hari. Maksudnya kalau tak jadi kau kena tunggu esok pula. Aku buat 2 minggu untuk PKP dan KP BM aku sebab muka tak sama.
2. Flow pulak banyak tak detect gambar dan memerlukan kredit banyak untuk generate video yang kualiti.
PENYELESAIAN MASALAH:
1. Aku jumpa PKP dan KP BM aku dan ambil gmbar dorang dari pelbagai sisi dan muat naik dekat dalam GEMINI dan FLOW.
2. Aku generate image kemudian upload di FLOW dan suruh ai gerakkan gambar tu.


LANGKAH 3 :
Aku kumpulkan semua gambar2 PKP aku dan KP untuk aku tayangkan semasa live performance nanti. Ya aku gabungkan persembahan dengan tayangan multimedia sebab bagi aku. Aku nak ada kelainan tapi tak tahulah orang rasa lain ke tidak. Ye aku dan team sendiri cari penyanyi untuk mereka nyanyi. Jangan libatkan AJK persembahan cuma kita kolabrasi dengan mereka sahaja. Mereka pun ada murid untuk dilatih. Maklumkan yang kita nak minta satu slot persembahan untuk digabungkan semasa majlis. Terangkan pelan kita dengan terperinci. Kalau gabung persembahan mungkin tayangan multimedia boleh tarik lama sikit.
LANGKAH 4
Kumpulkan ucapan guru-guru. Macam sekolah aku bilik gurunya ada 8 jadi tak mampu untuk aku rekodkan semua. Aku hantar dalam group telegram sahaja. Kalau korang dapat ucapan daripada kenalan pesara lebih baik. Aku tak dapat sebabnya terlalu sibuk masa ni. Event back to back.
LANGKAH 5
Lepastu part video kita tu, kalau korang ada niat nak buat sedih2 editlah bagi sedih. Aku buat dua-dua. ada bahagian lawak sikit, sedih sikit. Tapi sampai ke tidak dekat audiens? subjektif. Kalau mereka rapat dengan beliau maka jadi sedih. Kalau tak biasa je. Part ni aku tak kisah sangat tapi jujur masa rakam dan sunting aku rasa sedih sangat sebab mentor aku banyak tunjuk aku dalam BM dan PKP aku sangat memberikan kepercayaan kepada aku dalam TVPSS. Mana kau tak nangis ye dak?.

LANGKAH 6
Satukan semua video yang kau dah buat tadi kemudian kau buatlah ikut perancangan kau. Macam aku gabungkan nyanyian secara langsungkan jadi aku bagitahu penyanyi aku video bahagian mana yang dia kena bersedia? part mana yang dia kena masuk.
LANGKAH 7
Jangan lupa buat RO ( Running Order). Kitakan AJK Multimedia. Jadi RO itu sangat penting ya! Terima kasih kepada AJK Siaraya SBS. Nazrin dan team! terbaik. RO aku tu dah buat cuma dia macam tak sama dengan slaid. Jadi team Nazrin bantu betulkan dan TQSM Ezra kekalkan HD video cikgu. Part ni korang perlu bantuan Siaraya. Masa keseluruhan video 16 minit sebab termasuk nyanyian. Jadi video tu agak besar. Masukkan dalam cloud Capcut dan muat naik dalam drive siar raya.
Selesai! semasa majlis kau pastikan semuanya berjalan lancar! Feedback yang aku dapat? hmm setakat ini. Tetamu VIP aku suka tengok montaj sebab ada jalan cerita dan pesara menangis hehehe. itu sahaja yang aku tahulah. Yang tak tahu Allahualam.

Kalau korang berminat nak tengok video montaj tu boleh tengok dalam pautan ini :
MONTAJ :https://youtu.be/OOQVLV62amo?si=OkIreidO2tdXUwBE
nak tengok live? ada jugak:
1. Semasa perarakan masuk : https://www.youtube.com/live/ZfvFDyS0GqE?si=bG6B0Up9MJrQTsyc
2. Siaran langsung ke-2: https://www.youtube.com/live/X8qP9-CT6oo?si=bADQJZPS0J_YqrJ_


Selamat bersara Puan Mardiana dan Cikgu Chow! kami akan merindui kamu berdua!!! muah
#ROADTOGC

Leave a comment