Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pertama sekali saya nak ucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana memudahkan urusan saya membina laman web ini. Saya menyimpan hasrat untuk mempunyai laman web sendiri sejak umur saya 20 tahun lagi. Nama diberi ialah Luqman Hazim. Saya ialah lepasan ijazah sarjana muda Bahasa Melayu Komunikasi profesional. Pengalaman saya dalam dunia pendidikan selama 5 tahun, cuma baru sekarang diberi peluang menjadi guru tetap KPM.
Saya mula menjadi guru pada tahun 2020, pada ketika itu saya mula hanya untuk mencuba sahaja. Menjadi guru tuisyen tanpa pengalaman sangatlah sukar kerana format mereka berbeza dengan format saya belajar dulu. Tapi siapa sangka, ilmu yang saya berikan kepada anak murid saya membuahkan hasil. Dia berjaya mendapatkan B daripada keputusan dia sebelum ini D untuk subjek Bahasa Melayu.
Saya mendapat panggilan untuk menjadi guru ganti di dua sekolah pada tahun 2021. Pengalaman pertama pada ketika itu ialah saya kena menulis RPH. Dengan tiada pengalaman, RPH saya sangat teruk dan cara mengajar saya kurang berkesan. Saya baru sedar cara mengajar murid tuisyen OTO dengan mengajar 30 orang murid sangat jauh beza. Oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk sambung belajar dalam bidang pendidikan Diploma Lepasan Ijazah Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Malaya.
Apa yang saya boleh katakan bayaran 11k saya untuk DPLI ini tidaklah sia-sia. Saya rasa program ini sangat membantu pelajar macam saya yang ingin masuk ke dunia pendidikan. Saya belajar banyak benda daripada pensyarah saya di UM terutama sekali Dr Simah. Pensyarah pendidikan Bahasa Melayu. Beliau mengajar saya cara menulis RPH dengan betul dan mengajar dengan lebih berkesan. Saya juga baru tahu beberapa istilah seperti BBM, TS25, RPT,RPM. Alhamdulilah semuanya saya dapat dari UM.
Tamat sahaja pengajian saya di UM. Saya mendapat panggilan untuk temu duga guru KPM. Hampir setahun penantian saya untuk menjadi guru KPM. Alhamdulilah berkat doa ibu bapa saya, adik beradik dan guru-guru saya. Saya kini bergelar guru di SMK Seri Bintang Selatan.
Saya sekarang mempunyai hala tuju yang baharu. Saya nak menjadi guru cemerlang sama seperti guru kauselor saya di SBS. Puan Haiza. Tidak lupa saya juga ingin ikut jejak langkah guru cemerlang Bahasa Melayu kegemaran saya puan Lindar Nor. Banyak saya belajar tips Bahasa Melayu daripada beliau.
Diri ini masih lagi belajar untuk menjadi yang terbaik. Doakan saya dapat mengikut jejak mereka semua. Salah satu sebab saya tubuhkan laman web ini adalah untuk saya berkongsi hasil kerja saya kepada semua cikgu-cikgu baharu/ lama seperti saya.
Terima kasih!

S1: Cikgu mengajar subjek apa?
J1 : Bahasa Melayu
S2: Mengapakah blog ini diwujudkan?
J2 : Kerana semasa saya berumur 13 tahun dahulu (2010) saya ada blog saya sendiri. Malangnya saya mengambil keputusan untuk berhenti main blog dan memadam blog tersebut. Kalau tidak blog saya itu sudah menjadi ‘Legend’ kerana ada pelbagai kenangan sewaktu saya remaja. Kini saya bina semula blog saya kerana saya ingin memartabatkan bahasa kebangsaan saya dan saya ingin berkongsi ilmu pengetahuan kepada anak-anak murid saya di luar sana.
J3: Jawapannya sudah tentu sebab minat. Bermula dengan minat saya memilih untuk menjadi seorang guru. Saya dulu sukar untuk mengingati tatabahasa Melayu. Tetapi, kehadiran guru bahasa Melayu sewaktu saya tingkatan 5 dan 6 membuatkan bahasa Melayu itu menjadi mudah untuk saya ingat. Apabila saya mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian bahasa Melayu pada peringkat ijazah sarjana muda, minat saya semakin mendalam dan saya bertekad untuk memudahkan semua pelajar saya menjawab soalan bahasa Melayu sama seperti guru-guru saya dulu membantu saya.
