Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini cikgu nak berkongsi cara mudah nak ingat kata majmuk MANTAP.
Pemerhatian cikgu, anak murid saya susah nak ingat kata majmuk mana yang harus dieja rapat dan yang mana harus dieja dua patah perkataan. Sebenarnya, kata majmuk ini ejaanya memang kena dipisahkan. dieja dua patah perkataan. Kecuali 15 kata majmuk ini. Cikgu jumpa cara ini masa saya masih belajar lagi. Cara ini sangat mudah dan senang lekat dalam minda. Jadi saya kongsikan nota ini kepada semua ada murid saya.
Selalunya kesalahan ejaan ini contohnya;
1) aturcara (Salah)
2)tengahari (Salah)
3) Keretapi (Salah)
Kata majmuk di atas, kebanyakan anak murid saya akan cakap betul. Saya ingatkan mereka 15 kata majmuk ini. Adakah aturcara tergolong dalam 15 kata majmuk mantap? jika tiada harus dieja dua patah perkataan.
Mengapakah 15 ini sahaja yang dieja rapat?
J: menurut DBP, Kelainan ini disebabkan penggunaannya yang telah mantap dalam kalangan masyarakat.

Ingat nota ini sahaja, Ingat mantap ingat ahmad bawa bakul. hehe tapi kalau ingat ahmad tu jangan lupa pulak apa dio. Semoga nota ini membantu.
Nak nota ini? MUAT TURUN DI SINI

Leave a comment