
| STANDARD KANDUNGAN | STANDARD PEMBELAJARAN | ||
| 2.2 Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata, istilah, ungkapan, ayat, maklumat dan maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan. | 2.2.2 Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul dan tepat. |
KELAS : Tingkatan 1
MASA : 40 Minit ( 1 Masa)
KEMAHIRAN BAHASA: Membaca
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid akan dapat:
- Membaca untuk mendapatkan maklumat daripada arahan yang diberikan.
- Memahami arahan yang diberikan dengan memberikan respons yang betul dan tepat.
PERSIAPAN SEBELUM KELAS:
1. Buku teks (Ms 63)
2. 5 Biji Kentang (setiap kumpulan)
3. 5 Wayar merah (setiap kumpulan)
4. 1 Wayar hitam (setiap kumpulan)
5. 72 klip buaya (Untuk wayar merah dan hitam)
6. 1 Lampu LED 1.5 (setiap kumpulan)
7. 5 batang paku 1 inci (setiap kumpulan)
Perkongsian:
1. Sejujurnya saya mengambil masa berminggu mencari bahan bantu mengajar kerana bahan yang saya cari tidak dijual di kedai atau Mr DIY kalau ada pun kuantiti yang sikit. Misalnya saya perlukan 72 klip buaya sebab kumpulan kelas saya paling ramai 6 kumpulan.
2. Saya sebenarnya memang nak buat pada minggu ini sebab bahan baru lengkap semua. Kebetulan KP BM saya datang nak cerap. Alhamdulilah berkayuh sambil bertimba.
3. Seperti biasa pada awal kelas, saya akan maklumkan pada akhir pembelajaran mereka akan menghasilkan apa. OPKK murid harus tahu.
4. Bagi aktiviti ini, guru memang kena pantau atau jadi fasi sahaja. Arahan atau cara mereka harus membaca arahan yang dinyatakan. untuk OP 1. Murid yang berjaya menyalakan lampu LED tersebut akan dikira sebagai pemenang. 5 bintang akan diberikan.
REFLEKSI:
1. Semasa saya menjalankan aktiviti ini. Saya lihat murid saya cepat sangat mengeluh , mereka mengosok duit syiling tu tak sampai 1 minit. Macam manalah nak menyalakan? hehe.
2. Saya rasa saya ada kesilapan di RPH sebab saya kurang pasti bahagian OP 2. Mungkin boleh rujuk KP masing-masing. RPH saya dalam proses penilaian.
3. 2 orang murid, tidak membaca tapi dia main buat je. Hasilnya tak jadi langsung. Kad arahan yang saya sediakan tidak digunakan kemudian dia tuduh saya scammer. haha
4. Tujuan saya bukanlah untuk buat kajian ini berjaya 100% tetapi untuk capai OPKK saya tu sahaja. Jadi atau tidak belakang kira. Mereka membaca arahan dan memberikan respons dah cukup baik.
Semoga perkongsian ini membantu anda!
LAMPIRAN:



SET KUASAI KENTANG

Leave a comment