
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Pada 3 &4 Julai 2024, Saya diberikan peluang sekali lagi untuk pergi menghantar pasukan badminton di SJK (C) Tsun Jin. Alhamdulilah, SMK Seri Bintang Selatan berjaya membawa pulang 6 emas, 6 perak dan 2 gangsa! Tahniah SBS! sememangnya sekolah ini bitara badminton! Sebagai guru pengiring mereka, tugas saya tidak berat macam jurulatih. Tetapi lebih kepada memastikan mereka dalam keadaan baik semasa bertanding. Tidak terlalu teruk jatuhnya.
Saya lihat Dr Chun memberikan kata-kata semangat kepada mereka setiap kali perlawanan. Terbaik Dr Chun, malangnya pula saya tidak tahu tentang sukan Badminton, saya mampu ucapkan semoga maju jaya kepada mereka.

Kebetulan hari yang saya kena mengiring pelajar itu ialah hari mereka yang ke-3 dah nak masuk Semi-Final dan sempat saya lihat Final. Percaya atau tidak? masa Final ada yang bersaing sesama mereka hehe. SBS vs SBS! Kekalkan semangat macam ini ya! saya sangat bangga dengan kejayaan anda!



Semoga ini menjadi kenangan kita bersama selamanya. Itu sahajalah perkongsian saya pada hari ini.

Leave a comment