
Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pada 26 dan 27 Jun 2024 saya ditugaskan untuk membawa 2 orang atlet sekolah saya untuk masuk pertandingan memanah MSSD. Ini ialah pengalaman pertama saya menjadi pengurus pasukan. Bagi cikgu-cikgu baharu seperti saya, anda harus siapkan borang-borang seperti berikut:
- Borang M01 (Individu)
- Borang Kesihatan murid.
- Salinan kad pengenalan pelajar (perlu disahkan oleh pk koko)
- Borang M02 (kalau hantar pasukan/ lebih daripada seorang atlet)
- Borang kebenaran ibu bapa (Sekolah)
- Borang kenderaan (Sekirannya guru menghantar pelajar menaiki kenderaan guru)
- Borang elaun makanan (Sama ada PIBG/ SEKOLAH)
- Memo pergerakan murid ( untuk kegunaan semasa pertandingan nanti)
Borang M01
– Borang ini harus diisi oleh semua atlet (Individu) dan kena PK koko cop.
– Sediakan 2 keping gambar atlet.
– Salinan kad pengenalan atlet yang disahkan.
Borang Kesihatan Murid
– Sekarang ini pengelola mewajibkan borang kesihatan kena serahkan pada setiap hari.
(contohnya kalau 2 hari acara atlet maka kena sediakan 2 pengesahan kesihatan.)
Borang M02
– Borang ini pula ialah borang untuk sekolah yang membawa dua orang atlet.
Borang Kebenaran Ibu Bapa
– Borang ini ialah borang untuk meminta kebenaran daripada ibu bapa pelajar. Hal ini juga adalah untuk mengelakkan pelajar pergi bertanding tanpa kebenaran/ pengetahuan ibu bapa
Borang Kenderaan
– Borang ini ialah borang untuk meminta kebenaran bawa pelajar guna kereta kita. Sangat penting ye. Pihak sekolah kena ambil maklum.
Borang elaun makanan
– Borang ini ialah borang untuk meminta elaun untuk atlet kita. Ada jumlah yang boleh kita beri untuk setiap atlet.
Memo pergerakan pelajar
– memo ini adalah untuk kita meminta izin berikan pengecualian kepada atlet untuk kehadiran ke sekolah. Kehadiran dia dikira hadir walaupun tidak datang.
Ayat yang saya hitamkan itu ialah borang sekolah masing-masing. Saya pasti guru baharu mesti seperti saya juga tertanya-tanya apa yang saya perlu siapkan untuk sukan MSSD. Ini ialah pengalaman saya. Setiap orang mungkin ada pengalaman yang sama atau lain daripada saya. Alhamdulilah dua hari saya mengiring pelajar saya. Pelajar saya berjaya mendapatkan tempat ke-3 juara keseluruhan. SBS sangat berbangga dengan kejayaan dia. Semoga terus maju!

Bagaimana guru boleh menjadi pengurus pasukan?
J: Sebenarnya saya ialah ajk guru untuk sukan Badminton. Oleh sebab sekolah saya tiada sukan memanah tetapi wakil sekolah kami ada. PK Koko memberikan amanah kepada saya untuk menguruskan sukan ini. Pada awalnya saya rasa agak terkejut sebab kena menjadi pengurus pasukan tetapi saya lupa dengan janji saya untuk sentiasa belajar benda baharu. hehe. Jadi saya akur dan ikhlas jalankan tanggungjawab.
Apakah peranan pengurus pasukan?
- Menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh pengelola
- Memastikan borang-borang semua lengkap
- Menjaga atlet sehingga selesai
Ini sahajalah perkongsian saya pada hari ini.
Lampiran :



Sekian.

Leave a comment