TINGKATAN 1 ( Unit 11 : Sinar Masa Depan)

KELAS : Tingkatan 1
MASA : 1 Jam 20 minit ( 2 masa)
KEMAHIRAN BAHASA: Mendengar dan bertutur.

STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN
1.5 Bersoal jawab tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan dan mengemukakan jawapan.1.5.1 Mengemukakan soalan bertumpu untuk mengetahui pesanan, arahan, panduan dan tunjuk cara dengan betul dan secara bertatasusila.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid akan dapat:

  1. Mengemukakan sekurang-kurangnya tiga soalan bertumpu mengenai pesanan, arahan, panduan, atau tunjuk cara.
  2. Memberikan jawapan yang betul dan bertatasusila terhadap soalan-soalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan.

PERSIAPAN SEBELUM KELAS:
1. Buku teks (Ms 62)
2. Lembaran kerja

Perkongsian:
1. Saya akan terangkan terlebih dahulu tentang ‘soalan bertumpu dan soalan bercapah’. Perkara ini bagi memastikan OP pertama kita dapat dicapai. Saya risau akan mereka membina soalan yang mempunyai pelbagai jawapan. (soalan bercapah) (cadangan masa 15 minit)
2. Saya selalunya akan menyediakan lembaran kerja untuk pelajar saya mengikut aras tinggi, sederhana dan rendah. Bagaimana kita nak kenal pasti? Saya menilai melalui kerja kumpulan. Selalunya kalau kerja kumpulan saya akan suruh duduk di dalam kumpulan yang sama. Tidak boleh ubah.
3. Kumpulan yang selalu menonjol, kadang-kadang tugasan yang mereka terima terlalu senang. Mungkin ada 4/6 ahli yang tahap penguasaannya tinggi. Tetapi sebaliknya untuk kumpulan yang memerlukan latihan pengukuhan. Jadi untuk mengelakkan perkara itu berlaku. Saya akan pastikan lembaran kerja yang diterima oleh mereka berbeza tahap.

Contoh lembaran kerja yang saya buat untuk 2 tahap:

Bagaimanakah pula aras tinggi?
– Untuk kelas saya, masih tiada kumpulan yang berada pada aras tinggi. Majoriti aras sederhana. Cadangan saya jika kumpulan/ murid yang mempunyai tp 5/6 saya akan suruh dia membina dialog sendiri yang mempunyai soalan bertumpu berdasarkan bahan buku teks/ poster tentang pembenihan awan. Selalunya mereka akan mempunyai idea sendiri.

4. Selepas mereka siap membina soalan atau lembaran kerja yang diberikan. Murid harus melakonkan semula temu bual tersebut. Situasi ini akan ada yang memainkan watak sebagai pelajar atau ahli Jabatan Meteorologi Malaysia serta pelajar akan menjawab op 1 guru (PAK-21 ROLE PLAY)

5. Tetapkan masa untuk mereka bersedia. PBD boleh dilakukan. Sediakan ganjaran kepada mereka. Saya selalu berikan ganjaran dalam bentuk bintang. Kumpulan paling banyak kumpul bintang pada akhir tahun akan menerima ganjaran.

6. Guru dan kelas akan melihat lakonan daripada setiap kumpulan kemudian berbincang dengan setiap jawapan yang diberikan oleh setiap kumpulan. (OP 2 guru)

7. Habis perbincangan, murid merumuskan pembelajaran pada hari ini dan selesai.

REFLEKSI:

Semasa saya melaksanakan aktiviti ini, saya mendapati 6/28 pelajar saya masih berada pada aras rendah kerana mereka boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibaca (bukan penutur jati). Latihan intensif perlu saya fikirkan untuk mengatasi masalah ini. Mereka tidak faham maksud :
1. Pembenihan
2. Kemarau
3. Larutan
4. Pesawat udara
5. Tangki

.

Semoga perkongsian ini membantu anda!

One thought on “TINGKATAN 1 ( Unit 11 : Sinar Masa Depan)

Add yours

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑