
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Perkongsian pada malam ini adalah tentang Carta Ganjaran . Carta ini saya lakukan untuk kelas tingkatan 1 saya. Carta ini merupakan salah satu inisiatif untuk saya menarik minat pelajar saya supaya lebih bersemangat untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Hasil kerja kumpulan akan dinilai dan selalunya saya akan berikan begini:
1. Tempat pertama akan mendapat 4 bintang
2. Tempat kedua akan mendapat 2 bintang
3. Tempat ketiga akan dapat 1 bintang.
Cikgu-cikgu nak tengok tak hasil ? Hasil kerja mereka. Bagi saya memang ada usaha nak belajar.



Tugasan kumpulan mereka. Sangat puas hati! Alhamdulilah. Mereka seronok ada ganjaran bintang ini.
Kelebihan :
1. PdP menjadi lebih seronok.
2. Sesuai untuk murid tingkatan 1-3.
3. Senang nak kawal kelas. (contohnya, kalau kamu tak siap cikgu tolak 2 bintang.)
Kelemahan:
1. Macam kurang sesuai untuk menengah atas. (saya belum cuba lagi)
2. Susah (sebab kena potong bintang kecil-kecil.
Jika cikgu berminat nak bintang boleh MUAT TURUN DI SINI. (Pastikan cetak pada kertas berwarna kuning dan liminated + gunting satu-satu.) Selalunya saya akan minta tolong pelajar saya guntingkan.
PEMILIHAN NAMA KUMPULAN
Baiklah bagi pemilihan nama kumpulan ini saya mendapat ilham daripada pensyarah degree saya puan Umai hehe dulu secara jujurnya saya kenal Pendeta Za’ba sahaja. Itu pun belajar masa tingkatan 6 tapi sewaktu saya semester satu tahun 2017. Puan Umaimah memperkenalkan tokoh Bahasa Melayu kepada saya. Bagi saya ini merupakan satu cara yang baik untuk kita mendidik anak murid kita ingat perjuang bahasa kita dulu. Saya aplikasikan benda ini di dalam kelas saya. Setiap kali pembentangan, mereka harus sebut nama tokoh tersebut. Secara tak langsung mereka akan google tokoh ini. Satu perkara yang baik kan? Antara tokoh yang saya beri :
- Pendeta Za’Ba
- Tun Sri Lanang
- Hamzah Fansuri
- Asmah Haji Omar
- Nik Safiah Karim
- Abdullah Munsyi
Cikgu-cikgu Bahasa Melayu boleh cuba aplikasikan nama kumpulan ini daripada mereka meletakkan nama kumpulan korea, lebih baik kita tentukan. hehe, itu sahajalah perkongsian saya pada malam ini. Saya tahu tajuk untuk Carta Ganjaran tu lebih baik dalam Bahasa Melayu. Hm.. dah siap buat baru perasan. huhuhu. Saya akan tambah baik pada masa hadapan. Sekian.

Leave a comment